Kerjaya Barbie Ferreira

Ferreira memulakan kerjayanya semasa usia remaja dengan mengirimkan gambar model ke ujibakat pemilihan pelakon yang diadakan oleh American Apparel.[13][8] Beliau telah bekerja sebagai model untuk pelbagai jenama seperti Aerie, Adidas,[14] Asos,[15] Forever 21,[16] H&M,[2] Missguided, dan Target.[17] Foto dan wawancara video dari kempen Ferreira's Aerie menjadi tular pada 2016.[18][1] Ini membolehkan majalah Time memasukkan namanya dalam senarai "30 Most Influential Teens" 2016.[19]

Pengarah

Ferreira mengarahkan muzik video "So Cool" oleh Dounia.[20]

Lakonan

Ferreira memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi siri 10 episod Vice mengenai etika bertajuk How to Behave. Penampilannya berjaya melayakkan beliau menerima Anugerah Webby untuk Best Web Personality/Host.[21] Beliau juga membintangi siri web Teen Vogue bertajuk Body Party.[22]

Kemudian, Ferreira memegang watak sebagai Ella dalam siri televisyen HBO Divorce, dan menjadi salah seorang pelakon utama dalam siri televisyen HBO Euphoria, memegang watak pelajar sekolah bernama Kat. Beliau memulakan kerjaya filem pada 2020 menerusi filem HBO Max bertajuk Unpregnant, memegang watak sebagai Bailey Butler bersama Haley Lu Richardson.[23]

Rujukan

WikiPedia: Barbie Ferreira http://www.cosmopolitan.com/style-beauty/fashion/n... http://www.dazeddigital.com/music/article/39365/1/... http://www.elle.com/fashion/news/a33543/aerie-real... http://www.glamour.com/story/barbie-ferreira-model... http://www.imdb.com/name/nm9209960/ http://www.latina.com/entertainment/celebrity/barb... http://www.seventeen.com/fashion/news/a37495/barbi... http://time.com/4196604/barbie-ferreira-model-aeri... http://www.huffingtonpost.co.uk/2016/01/26/aerie-r... https://www.cosmopolitan.com/style-beauty/fashion/...